Saturday, November 07, 2009

Bulu ayam dalam nugget?

Nak cerita sikit, hal yang berlaku pada aku during snacking malam ni.  Tadi aku dengan hubby pergi beli Nugget, konon- konon buat snack sambil tengok TV.  So, aku yang amat malas ni, balik dan goreng la nugget tersebut.  Beli pack besar ni, walaupun peti ais rosak kitorang nak goreng je sebungkus tu.  Boleh makan ulang- ulang.

Makan punye makan, sampai ketul yang ketiga, aku terasa benda keras kat dalam nugget tu. Tarik keluar dari mulut, jeng jeng jeng.  Suspens gile.  Bulu ayam, siot.  Tu part urat dia tu, masih lagi dengan bulu ada dalam nugget tu.  Geli gilerrrr uwek.  Terus potong selera aku.



Dah menjadi pe'el aku, bila tak puas hati, aku akan hantar email complaint.  Tunggu je response dari company nugget ni nanti.  Bukan la niat nak menjatuhkan sesiapa.  Tapi dalam kepala ni ada beberapa persoalan.  Adakah bulu ayam ni sebahagian dari ingredient nugget tersebut?  Atau sememang nya kebersihan nya memang tak terjaga hinggakan bulu boleh termasuk dalam daging ayam?  Tak ada sebarang quality check ke?  Rasa taklah sehebat mana, malah bila tekak aku dah geli geleman, aku mula rasa macam hanyir semacam.  Tapi itu biasa la, tekak Diana... Siapa tak kenal.

Aku taknak lah mention nama company berkenaan, tapi company tu memang pengeluar product ayam ni.  Malahan ada fast food restaurant di bawah naungan company yang sama.  Harga nugget tu boleh tahan gak.  Pek yang aku beli tu harganya RM10.50.

Hai... entahlah.  Agaknya makan di mana- mana pun dah tak meyakinkan.  Sakit la orang macam aku ni yang perlukan makanan segera.  Nak masak ni kan liat sikit.  Kesian hubby, selera dia pon potong gak bila aku loya dengan nugget bulu ayam tadi.   Nasihat aku, korang jaga- jaga la yerk bila makan benda- benda macam ni.  Kalau terkena, segera lah hubungi pihak berkenaan.

Diana Abdul Molok @ TRS

4 comments:

Diana Abdul Molok said...

Aku nak sertakan email dari aku kepada company tu, berserta response dari mereka:

-----Original Message-----
From: "Diana Abdul Molok" diana.molok@gmail.com
To: consumercare@**********.com
Date: Sat, 7 Nov 2009 21:12:58 +0800
Subject: Complaint on nugget ****

Assalamualaikum WBT

Saya baru sahaja menggoreng nugget **** ayam yang saya beli di pasaraya dan setelah dua tiga ketul, saya menjumpai bulu ayam di dalam nugget yang saya makan.


Saya sangat kecewa dengan ******, dan inginkan penjelasan.. adakah bulu ayam ini merupakan salah satu ingredient di dalam nugget **** ini yang mungkin saya perlu tahu?


Saya sertakan gambar di sini.


Diana Abdul Molok

Diana Abdul Molok said...

And their response:

Salam Cik Diana,

merujuk kepada insiden penemuan bulu ayam didalam ***** **** yang pihak Cik Diana temui baru-baru ini, saya dari pihak ****** terlebih dahulu ingin meminta maaf kepada pihak Cik Diana kerana terpaksa berdepan dengan situasi yang kurang menyenangkan terhadap produk kami.

Pihak kami telah sedaya upaya untuk menghubungi Cik Diana tapi gagal kerana panggilan yang dibuat tidak dapat dihubungi samada menerusi telefon bimbit atau tel rumah yang pihak Cik Diana sertakan di dalam email yang terdahulu.

Disini, saya ingin mendapatkan kerjasama pihak Cik Diana untuk menyatakan beberapa maklumat penting yang perlu pihak kami dapatkan bagi menjalankan siasatan terperinci terhadap aduan yang dibuat. Maklumat penting yang diperlukan:-

(1) Tarikh Mengilang (Production Date)
(2) Tarikh GunaSebelum (Expiry Date)
(3) Bilangan paket yang dibeli
(4) Kuantiti yang terlibat (Quantity affected)
(5) Tempat pembelian (Place of purchase)

Kerjasama dan persetujuan pihak juga diperlukan bagi membenarkan pihak kami mengadakan perjumpaan dengan pihak Cik Diana bagi melihat sampel barang yang tercemar seperti gambar yang Cik Diana telah sertakan didalam emel yang terdahulu.

Saya juga berharap agar pihak Cik Diana dapat menghubungi saya di talian **-**** **** bagi sebarang pertanyaan atau maklumat terkini berkenaan aduan yang telah dibuat.

Kerjasama Cik Diana amat saya hargai

Yang Benar,
NORLIA MOHD KASSIM
Customer Careline Centre
****** **** *********** SDN BHD

Diana said...

Aku pun jawab balik:
-------------------------------
Hi,

Maaf phone saya ada problem. saya tak terfikir pulak untuk ambil
semua information tu pada packaging sebab selepas saya termakan ketul ketiga dan terjumpa bulu tersebut, saya dah buang keseluruhan nugget yang di goreng dengan pack nye sekali. Rasanya kalau simpan hingga hari ni dah busuk kot. Jadi yang saya temui cuma satu sebab lebihan
dah dibuang sebab saya tak berniat untuk ambil further action.

Nugget tersebut di beli di Coco Mart, Wangsa Permai, dan satu pack
kandungan 1kg kalau tak silap saya. Saya cuma simpan bulu ayam tu je.

Macam ni lah, tujuan saya complaint bukan dengan niat menjatuhkan, atau menyebarkan perkara ini sebab so far saya takde berbuat demikian.

Cuma saya berharap ****** lebih berhati- hati sewaktu proses
pengilangan untuk memastikan benda- benda kotor tak termasuk.

Atau sekiranya bulu ayam tersebut merupakan ingredient, mungkin perlu
di letakkan pada list of ingredients (mungkin ada, dalam term yang mungkin tak arif?). Kerana saya sangat particular dan sudah tentu saya takkan beli product yang mengandungi bahan sedemikian.

Whatever it is, may ****** take the initiative to ensure that quality
is not compromised for your frozen products.

Thanks and regards,

Diana.

Diana Abdul Molok said...

last week diorang dah call aku dah... aku cakap je la, aku rase packaging dah buang because I was frustrated. And so she asked me, "apa yang kami boleh tolong cik?".

Aku cuma jawab macam ni, "9 out of 10 people I know is currently buying your brand. so u should know better than to let some bulu ayam tarnish your good name. It was my first time trying your brand, and I can guarantee you it was also my last! I hope this doesn't happen again!"

In short, itulah dia hehe panjang lebar lagi aku membebel actually... tapi takpe