Thursday, May 06, 2010

Ini ialah bag laptop...


Dah seminggu lebih kot aku pakai beg trolley yang aku beli kat One Utama.  Syiok gila la kan rasa masa mula- mula belinya.  Apa taknye, dah profession nya seorang auditor, maka nak kena angkut laptop sana sini, dengan document nye lagi.  Mau keras semua muscle dalam badan ni, kang ketul-ketul plak sebab angkat berat.  Tak cantik.

Sejak aku pakai beg ni, turun naik lift dari rumah ke office, office ke rumah, ramai yang tertanya- tanya. "Nak pegi mana? Balik kampung?" atau "Wah kenapa siap beg trolley? Banyak barang angkat?".  Kat kerja pun, ada gak a few yang tanya "Bawak apa tu?".   Penat lah nak jawab.  Boleh tak setiap kali orang tanya, aku suruh diorang buka blog ni, dan lihat tajuk "Ini ialah bag laptop..." Makanya dah sah- sah di dalamnye adalah laptop.  Takkan batu kot?

Tapi kesimpulan nye beg ni memang best lah.  Letak je laptop dan sebagainya kat dalam, dan heret... Atau suruh hubby heret... Nak kata sakit belakang kurang, kang hubby taknak picit belakang kang susah lak!

Harganya pon tak lah mahal, kalau pandai survey.  Tapi ingat tau, kalau memang nak beli untuk letak laptop, sila lah cari yang ada padding ye.  Banyak trolley bag macam ni yang kosong actually, takde padding.  Means bukan untuk laptop lah tu ye!

Diana Abdul Molok @ TRS

No comments: