Ni nak citer la sikit ni supaya korang tak terikut kehuru- haraan kak bedah ni ahahaha. Aku balik rumah mertua weekend harituh. Packing memang dah cukup awal dah, seawal malam Jumaat dah siap masuk baju-baju dan pelbagai peralatan lagi seperti extension plug, electric kettle dan sebagainya (Balik rumah mertua memang kena bawak barang-2 cenggini sebab kat sana takde atau tidak menepati piawaian akakk y'all...)
Ni lah rupa akak yang huru hara dan anak yang haru biru tu , hahahaa. Tapi ni masa shopping kat jusco dulu- dulu. |
Anyway dalam packing punya packing, banyak juga benda lupa. Contohnya container food warmer Amani. Food warmer ada, container takde. Abis makanan Amani nak panaskan dalam apa, botol susu? Nyanyuk la ko nih isk isk. Yang Cik Siti (Nanny si Amani) masa kat rumah boleh di tanya je aku ada bawak ke tak? Bukan nak angkat montot tolong tarukkan dalam bakul. Of cossss la aku jawab dah kan, sebab di dunia khayalan ku, container tersebut dah dimasukkan hehehe. Dahhhh bersusah payah jadinya panaskan porridge Amani bits by bits pakai baby cubes. That's the closest thing to the container yang safe untuk dimasukkan.
Pastuh anak aku ni sejak dua menjak duduk kat rumah dengan Cik Siti ni, ada pe'el takmo breastfeed siang bila Mommy dia yang comeyyy ni ada kat rumah. Haiyaaa, sejak seminggu ni la.... Malam je dia nak direct feeding, otherwise memang bottle-fed. Dek kerana kehuru-haraan aku ber packing, Medela Freestyle kesayangan tertinggal kat rumah. Makanya, ibu- ibu pasti dapat meneka akibat nya kan?
Jadi terpaksalah abang Bob terchenta ke pekan Sungkai dan mencari equipment untuk mengurangkan 'bengkak susu' aku ni. Dah nama pekan Sungkai, apelah manual pam yang ada yerk. Adalah pam cap king kong ke king baby tah yang instruction nya huru hara dalam English yang sukar difahami. Ahaksssss.
Inilah dia pam cap ape tah. Lenguh tangan woooo. |
Ehhhhh lenguh tangan ok, akakk dah tobat takmo pakai benda alah ni. Memang sumpah pastu teringat gi mana- mana jangan tertinggal dah Medela Freestyle. Wajib dibawa kemana pergi. Expect the unexpected. Tu belum kira air mata aku yang berderai sewaktu membuang susu ni, sebab pam ni tak dikhaskan untuk simpanan susu. Sooobbb sobbb. Anak aku ni tak macam anak orang lain, ada mood nya. Kejap nak, kejap taknak. Mommy huru- hara, anak haru biru. Boleh gitu?
Barang ke tiga yang sama kritikal dan tertinggal ialah 'shaker' minuman organik Melilia yang sekarang ni aku tengah ambik sebagai supplement. Penting whoaaa benda ni. Sejak minum organik + soya dia ni, aku dah tak diarrhea lagi. Cer imagine, bagi seorang yang mengalamai diarrhea setiap hari macam aku ni, tetiba benda tu stop. Tak ke heaven tu? Tu punnn bole tertinggal. Last- last mix aje organik + soya tu dalam botol susu amani. Isk isk isk. Tak ke haru cenggitu ha ha ha...
Begitulah ye kengkawan alkesah akak yang huru- hara. Adakah ini sebab lepas beranak banyak urat putus? Atau kesibukan harian membuatkan akak pelupa tahap dewa- dewa. Tapi aku perasan la, memang sekarang ni aku pelupa tahap teruk. Adakah ini tanda penuaan? (Sambil membelek kedutan di muka dan baju). Apakah ini sebenarnya. Grrrrrrrrrrrrrrr.....
No comments:
Post a Comment