Cuma sekadar lembab. Hahaha. Harap maklum. Hari ni hari emosi akakkk dik non.
Saja nak melepaskan geram terhadap restaurant tersebut TCRS. Maklumla dah 2 kali terkena okey. Bukan main- main. Terkena servis lembab yang tahap kalau kau datang dekat aku mengaumm. Auuummmmm.
Aku selalu cari breaksfast bila berada dekat Bangsar South, tempat kami mengaudit untuk ketika ini bersama teman setia anda... Bersama teman 'se-breakfast, se-lunch, se-mengudap' saya Cik Timmy. Kami ni kalo dah duduk Bangsar South tu, kira aci apa yang ada je la. Yang dekat je. Kang jauh- jauh karang kurus plak aku berjalan. Dalam Bangsar South (The Sphere) tu ada TCRS. Memang la dah sedia maklum dengan kelembapan servis diorang ni kalau untuk breakfast. Tapi nak try juga la set breakfast dia sebab ala- ala murah juga. Berbaloi- baloi kau kalau makan kat situ katanya.
Pertama kali ku, menatap wajah si dia (Yer laa tuh)
Kali pertama pergi dan terkena, kami punya air sampai dulu. Masa tu before 8 am. Kami tunggu punya tunggu punya tunggu breakfast curry laksa TCRS kami tak sampai. Kami tunggu lagi. Alamak dik, nak tunggu kena laser ke dengan mulut aku yang tak boleh blah ni? Disebabkan kehangatan hati aku yang mebara seperti dicurah minyak petrol, aku pun bersuara (lebih kurang la. Script asal tak ingat...)
"Dik, breakfast saya ni buat ke tak ni? Kalau belum saya nak blah",
tu diaa suara merdu orang Lipis dah keluar dah. Ingatkan habis kat situ je, tapi disebabkan aku memang berbakat dalam membebel aku pun sambung,
"Dah lebih 8.30 dah ni. Ingat orang tak keje ke. Lembab."
Ewah dengan penuh confident aku sound dia. Sebentar kemudian makanan pun sampai... Ahemmm kena ludah ke tak tu blakang cerita. Hahaha hanya Allah SWT yang tahu.
Disebabkan pe'el aku yang memang suka complaint, selepas kenyang, erkk Alhamdulillah, aku pergi website diorang untuk memberikan feedback. Feedback kaw- kaw ni, servis lembab, if you're not ready to serve breakfast then don't, it seems that you don't have enough staff. Iye, mana tak menyirap nyahhh, kalau manager dia merangkap si lembab tak apologise pun. Senyum pun tak. Duit aku kau nak. Sekejap pastu, ada la TCRS nye orang call and respon nye cuma 'we will investigate. Yeah yeah we are short of staff'. None of my business kot, staff ko short ke, tall ke, datang keje lewat ke tu masalah ko. Yang aku tau, aku order, sampai. Sebab ko charge service charge juga. Service cam haram, kena bayar gak???
Pastu ok ler, aku lay low, ban diri sendiri dari TCRS disebabkan keceluparan mulut. Hehehe. Sampai lunchh pun tak mau pergi sana sebab takut kena santau.
Kali ke dua akak cuba nasib, service dah improve.
Pertemuan Ke Tiga
Kali ke tiga. Ahaaa ni menyirap tahap dewa- dewa ni. Kami dengan seronoknya sampai, order coffee and tea (Siapa lagi, kami tu aku dengan Cik Timmy la). Pastu tanya nasi lemak dah ada ke. Si montel yang bekerja (alahaii tembam pipi dia lebih tembam dari aku.. geram tawww), bagitau ada. Dah siap. Yeay yeay. So kami order 2 nasi lemak. Suka tau menggemukkan badan. Cik Timmy takpe la dia slim.
Tunggu lagi, dan tunggu. Si montel lalu lalang menghantar order.
Tanya kali pertama,
"Dik mana order saya," kata akak montel (aku la).
"Tak tau la kak," jawab adik montel.
Tanya kali kedua,
"Dik, order saya dah siap", akak montel dan Cik Timmy bertanya.
"Tak sure la kak", jawab adik montel lagi sekali.
Kali ketiga, suara aku dah naik la kan (bersama- sama Cik Timmy), tanya soalan yang sama. Anehnya, jawapan nya masih saya tidak tahu. Tidak tahu??? Sila ambil tahu. Bangang ke apa. Kalau aku yang kena bangun tanya kitchen, baik aku je keje kat situ. Akai ada ka adik montel... Ohh...
Cik Timmy sama panas, bangun juga dari situ meninggalkan tempat itu bersama saya. Secara lurus bendulnya kami meembayar harga minuman yang cuma murah seringgit je dari harga set. Cam celaka, kan?
No apology offered, malahan kami mendapati makanan kami tu tak di order pun. Hebat tak staff TCRS kat The Sphere?
Silap la kan, akak ada channel complaint ok. Email lagi dan cakap something along the line, "Your Manager is a snob, your Waitress is stupid... You're incapable... I'm disappointed... and bla bla bla".
Seperti biasa, efficient nye mereka menelefon semula dan meminta maaf. Oh, siap offer breakfast free lagi kat KL Sentral. Taknak aku, kang kena santau hahahaha.
Tapi itulah, lesson yang aku dapat kat sini. Restoran yang dah terkenal macam ni, ramai peminat, tapi tak boleh jaga service level. Lepas tu, layanan yang kami dapat, ermm sangat tak berbaloi dengan jumlah service charge yang kami kena. Yang kami dapat, kena bayo rege kopi RM5 (Set coffee + nasi lemak tu dalam RM5++), dan of course la kan aku dapat sakit perut la sebab minum coffee with an empty stomach. Sigh. Frustration. Tulah yang aku dapat.
No comments:
Post a Comment