Thursday, July 07, 2011

Kenapa lelaki sukar memahami...

Persoalan ni selalu juga timbul kat benak aku ni, kenapa orang lelaki susah nak faham... Kenapa , kenapa, oh kenapa...?  Alien sangat ke hati wanita sampai susah nak dibaca. Ke sebab kami ni yang tak straight forward, berbunga- bunga dalam menunjukkan emosi? 

Wanita kan di jadikan dari tulang rusuk lelaki, melengkapi hidup seorang lelaki?  Apa tu kata pepatah, 'Behind every succesful man, there's a woman'.  Jadi kehadiran kaum adam dan hawa ni kan untuk melengkapi satu sama lain?  Tapi ni fakta ni ye.  Ramai wanita yang merasakan lelaki tidak atau sukar memahami hati atau kehendak mereka.  Berapa percent tu aku tak sure la kan, hehehe.

Agak- agak kan, antara sebab nye adalah...

Agaknye lah kan, sebab bila mulut kita berkata penat, tapi tangan dan badan tetap terus menguruskan kerja di rumah.  Tetap berjaya masak 2, 3 jenis lauk untuk makan.  Tetap boleh mendukung anak di pinggang sambil mengemas rumah.

Atau pun sebab walaupun bibir wanita itu menguntum senyuman biarpun kat hati tu sebenarnya menggerutu, dan dalam hati dah luka berdarah menangis... Orang lelaki kan tau benda ni, so sure pikir 'Ahhhh, tak kose nyahhh. Kau tu tunjuk kat wajah lain, hati lain?'

Haaaa takpun sebab kita ni suka cakap 'takpelah, taknak' walaupon kat hati sebenarnye cakap, 'nakkk nakkk. please la memang nak sangat?'.  Atau sentiasa 'takpe, I ikut je you.,' sedangkan hakikatnya dalam hati 'OMG, I am tired!!! Don't you get it?'

Tapi wanita ni kebanyakan nye tak mintak untuk difahami banyak pun...

Salah satunya ialah untuk tahu bila dia minta untuk diberi perhatian.  A short phone text, or a sort phone conversation asking her if she's already had lunch at work, would be sufficient.  Sekali sekala tanya khabar, apa salahnya.  Tak minta sedozen bunga pun setiap bulan, tapi sekuntum setahun pun dah cukup. 

Faham erti kepenatan dia, bila dia merungut penat, it's a sign that 'SHE'S HAD IT WITH WORK AND EVERYTHING ELSE!'.  Jangan dok tanya soalan pelik- pelik atau banyak kali.  Orang lelaki, kalau da penat, satu apa pun tak hirau.  Tapi wanita ni memang terer multitasking walau dalam kepenatan.

Kadang- kadang cuma minta sedikit perlindungan, faham bila situasi mengakibatkan wanita itu sedang makan hati.  Lindungilah dia, backup dia bila perlu. 
Haihhh banyak lagilah kalau nak share macamana wanita ni minta difahami.

Tapi juga...

Kebanyakan kaum lelaki, walaupun bukan semua, cuma segelintir, cuma 'cuba' memahami semasa bercinta.  Cuba dan bermacam cuba masa nak tackle wanita tu.  Ha cuba dah dapat, dah jadi isteri, dah beranak sorang dua, lupa dah camana nak memahami.  Hehehe, kes mencuba masa bercinta tu sampai sekarang la, menjadi 'cobaaaaann' pada para isteri.

Ooooopsssss jangan cepat buat kesimpulan.  Ni cuma posting akakkk di saat takleh tidur sebab 'super exhausted'.

Sekian.

No comments: