Thursday, September 15, 2011

Drama Tahajjud Cinta (TV3) bikin gua meroyan...

Ewah tajuk.... hehehe bukan meroyan pasal apa, meroyan tunggu minggu ke minggu la.  Dah banyak minggu juga la ter-miss.  Korang nak panggil aku bangang ke apa sebab tengok drama melayu, aaa silakan.  Saya orang melayu, sapa lagi nak tengok drama melayu kalau bukan orang kita, ye tak?

Tapi drama oleh Erma Fatima ni memang terbaik lah.  Menampilkan pelakon- pelakon yang takde lah aku gemar, contoh nya Remy Yahya yang comot tu, Eman Manan (Ustaz Shauki), Norfazura (watak Citra yang pada pendapat aku tak sesuai bawak watak tu, but whatever... Maybe she was chosen sebab dia sesuai juga watak orang- orang bandar ni kan)... Ada Fauziah Ghous (watak Seri).  Pastu ada pompuan gedik tua tu, tah sapa nama dia sebagai Mama Citra.  Tapi gedik- gedik dia tu, aku tau she's a good actress!  Selalu watak dia menjadi, yer.

Drama ni main kat TV3 pada hari Jumaat 9:00 malam.  Sebab apa selalu terlupa, kadang-kadang sebab keluar.  Kadang- kadang sebab tertido sekali dengan anak.  Kadang- kadang leka dengan anak.  Memang drama ni ada jugak yang condemn.  Yelah sebab seolah mempermainkan agama dan batas- batasan nye.  Tapi bagi aku, a drama is a drama la yobbb.  Bior lantok le mereka.  Ini lah semata- mata hiburan untuk emak- emak seperti aku hehehe.

Geram tauuu tengok kegatalan Ustaz Shauki yang nak berbinikan Seri.  Dahla bini originally dah ada 4, siap boleh ceraikan sorang atas alasan menjatuhkan air muka dia sebab memfitnah Seri.  Tup- tup nak berbinikan Seri sebab nak mintak mahap, what the hell la... Isk isk.  Kalau aku dapat Ustaz Shauki tu aku terajang muka dia.  Hiyarrrrkkkk.

Yang Seri tu pun kenapa, semua nak turut?  Pompuan kampung memang gitu ek, blaja tinggi- tinggi, pastu nak kawin?  Yek?  Aku orang kampung gak, tapi tak cenggitu, ngeeeehhh.  Kawin juga, tapi selepas, I repeat, SELEPAS mendapat kerja yang baik dan mampu menyara diri, Alhamdulillah.  Pastu semua dalam watak ni memainkan peranan 'Oh Aku Tidak Berdaya' termasuk la ayah Seri, mak Seri, adik- beradik Seri...?  Rasanya Citra akan tolong Seri nanti kot sebab Citra kan suka hal memperjuangkan hak- hak wanita ni?

Tak kesah la korang nak anggap drama ni kolot ke, tolol ke, gediks ke.  Aku tetap follow, sebab jalan ceritanya sangat menarik, dan menjadi semakin menarik.  Tapi memang dari mula cerita tu ko dah boleh agak dah la penghabisan ceritanya, as always, cerita Melayu kan... Macam aku, dah boleh agak yang Ustaz Shauki tu ada maksud tersembunyi masa dia 'ikhlas' nak membelanja Seri belajo di luar negeri.  Wak lu...

Apa- apa pun thumbs up lah pada Erma Fatima sebab berjaya menghasilkan drama TV yang terbaik, as always.  Rasanya hasil karya Erma Fatima sentiasa terbaik, dan mantap!

P/S: Harap tak ter-miss lagi minggu ni.  Harituh dah ingat, tetiba drama tu cuti raya plak hehehe.

3 comments:

Elle said...

babe..ceciter ceciter! memula layan gak tapi asik termiss je malas dah...citer dia ok, pelakon pun ok...update please!

Diana Abdul Molok said...

Elle: from last episode, Ustaz Shauki tengah convince isteri dan anak dan juga bapa Seri untuk dia kahwin dengan Seri. Seri pun dah nampak macam redha jer. Sob... sob... sedih tau! Solah (Remy Ishak) sedang menghubungi Citra utk membantu Seri. Isteri- isteri mudah Ustaz, Humairah dan Sharifah pun macam dah masam- masam kelat dah dengan keputusan ustaz. Tapi Ustaz cakap, Umairah masih isteri kesayangan *uweeeeekkkkkk* wak lu! Konon nya Seri tu nak menumpang kasih sayang jer. Again, wak lu!

Oh btw, ayah Seri cakap orang lain berebut nak kawin dgn Ustaz.. ko taknak? Wak lu buat kali ke-3. Sape yang menggeletis nak kat ustaz tu? Isteri ke-2 ustaz yang originally played by Ziela Jalil dah kena cerai konon sbb memfitnah Seri. Padehal sbb Ustaz nak bagi ruang pada Seri tuh. Yang aku menyampah, Ustaz ni asal bercakap keluo ayat Quran. Tu yang buat orang terpedaya tuh!

P/S: Still wondering apekah fungsi watak Aaron Aziz kat dalam tu. Takat tayang wajah hensem kah hehehe.

Elle said...

oooo gitu..hah? ada aaron aziz ke? nampak benor xde fungsinye sampeikan awok pun tak sedor (sila guna tone suare ucop wilcha)