Bayangkan anda sedang makan malam bersama anak dan suami, tiba- tiba anak buat perangai tepis pinggan, lalu pinggan jatuh kebawah meja bersama- sama nasi yang bertaburan. Anda pula kerana marah dan penat, 'bab' sikit tangan anak untuk menunjukkan itu salah. Sebaik sahaja ini terjadi, anda dimarahi suami kerana anak anda tidak bersalah, masih kecil, tidak memahami dan kerana perbuatan anda ini, suami menggelarkan anda tidak sayang anak.
Berdasarkan senario ini, siapa benar dan siapa salah adalah terpulang pada pernilaian anda. Aku memilih untuk mengakui, biarpun tindakan memukul tangan anak itu adalah extreme, mungkin, tetapi anak itu bakal memahami yang mana salah yang mana betul- the 'cause and effect' - remember. Bagi aku, itu bermaksud mengajo anak, perbuatan kamu tu salah, dan memukul tangan nya dengan perlahan untuk mengajo beliau, ini akibat dari perbuatan kamu.
Aku rasa, dalam kejadian diatas jugak ada beberapa kesilapan yang telah berlaku dalam proses nak mendidik anak tersebut.
1. Tidak boleh menanamkan perasaan benci dari anak terhadap salah seorang parent tersebut. Si suami mengatakan isteri tidak menyayangi anak.
2. Apabila salah seorang parent mendisiplinkan, tidak boleh parent seorang lagi 'menangkan', atau memarahi kembali si ibu. Perkara ni akan mendatangkan kurang hormat anak pada si ibu.
3. Membentuk peribadi anak, mengajar anak salah atau benar, kena bermula dari awal. Melentur buluh biar dari rebungnya, bukan? Anak tidak hormat pada ibu bapa dan juga makanan, lalu ini balasannya.
4. Mungkin si ibu juga melakukan kesilapan sebab terlalu cepat memukul tangan. Namun ibu berpendapat kalau dibiar, nah maka jadilah anak- anak yang lansung tidak takut dan bertindak melakukan sewenang- wenang nya.
Apa pun, mendidik anak pada usia muda memang memerlukan banyak kesabaran. Terutama kalau ibu- bapa tu sendiri pun muda jugak. Darah muda, menyirap nye tahap lain. Muda juga, sayang nya pada anak tu tahap tak boleh pulak tengok anak di marahi.
Rasanya kesimpulan yang aku boleh buat kat sini ialah:
1. Mendidik anak harus bersabar.
2. Mendidik anak mesti berkerjasama antara kedua ibu- bapa.
3. Berhati- hati untuk tidak menyinggung mana- mana pihak dalam mendidik anak tersebut.
4. Berhati- hati dengan tindakan kita ni sebagai parents, sebab kadang- kadang kita tak sedar perbuatan kita sendiri yang 'spoil' anak.
Ermm itu sahaja... Just a short post sempena petang Jumaat :-)
No comments:
Post a Comment