Thursday, October 07, 2010

Ayesha Amani is already 22 days!

Wow time flies by!  Anakanda Mummy dah 22 hari rupanya.  Rasa macam baru semalam dengar Ayesha Amani cried for the first time, pooped on my chest while the doctor and nurses were struggling to stop my heavy bleeding after birth.  Macam baru semalam cium Ayesha Amani and said 'Wow she smells so heavenly'.  Seperti baru semalam tears were running down my cheek and I said to hubby 'Cantikkan princess kita'.  Baru semalam mommy menangis when left for the first time alone with her sebab tak berjaya breastfeed dia.  Kehangatan nya seperti baru semalam, MasyaAllah.

Wajah Ayesha Amani makin saling tak tumpah seperti Daddy.  Sejak hari pertama kelahiran semua cakap 'Sebijik Bob', 'Sebijik In muka dia'.  Sekarang Mummy notice muka Amani makin mirip Daddy.  Manis sungguh raut wajah dia.  Tidurnya, sebijik cara Daddy tidur.  I didn't mean the hands macam kat atas, tapi bila Amani dah lena tidur, she assembled Daddy's sleeping habit.  Rindu bila Daddy takda time pantang ni terubat bila tengok wajah si comel Amani. 

Ayesha Amani selalu senyum.  Aki cakap 'Manis sungguh wajah cucu aki ni', sebab memang dia macam sentiasa tersenyum!  Walaupon pemandangan mata Amani belum betul-betul jelas tapi Mommy rasa macam Amani kenal keadaan sekeliling.  Macam Amani dah peka dengan bunyi, Amani peka dengan suara Mummy.

Personality Amani sedang terbentuk sedikit demi sedikit.  Mummy tengok Amani dah pandai express feelings dia.  Bila tak puas hati, bila lapar, bila sakit perut nak poo poo, bila gelikan poo poo kat pampers, bila nak bermanja tidur atas bahi atau celah ketiak Mummy.  Amani suka tidur atas bahu dan dada, bila dia tak sihat.   Tapi kalau dia sihat, bila dah kenyang je, tidur lah dia.  Takpun dia akan duduk diam- diam bila letak kat baby cot.  Mummy harap pada saat ni mummy akan berjaya bentuk personality Amani supaya menjadi lebih baik.  Bukan apa, Mummy tengok perangai nya pulak saling tak tumpah Mummy.  Mummy bukan seorang yang sabar, suka mengamuk, suka menangis, hatinya terlalu sensitive dan manja.  Daddy on the other hand adalah manusia paling sabar Mummy pernah jumpa.  Mummy harap Amani akan ikut sabar Daddy...

Jarang juga Amani berjaga malam.  Kalau dia sihat, dia akan bangun 2 kali waktu malam untuk menyusu.  Amani tidur dalam baby cot, tapi sekarang dah pandai mengada.  Lepas bangun menyusu Amani taknak dah tidur dalam cot.  Dia nak tidur celah ketiak Mummy.  Dia nak Mummy peluk dia, dan tepuk dia.  Kalau letak dalam cot nanti dia merengek manja!  Ketawa sorang- sorang bila melayan perangai Amani ni tau!  Kalau tak sihat, selamat la memang dia nak tidur kat tangan.  Tapi Mummy ajar dia, lepas menyusu terus letak.  Masa menyusu tengah malam, Mummy tak buat sebarang eye contact dengan Amani supaya dia faham, ini waktu tidur.  Siang- siang je Mummy layan dia.  Tapi sekarang tinggal dengan Tok dan Aki, diorang manjakan sikit.  Bila diorang yang bagi susu tengah malam, diorang sembang- sembang dengan Amani.  Almaklumlah, cucu kan.  Mummy harap tak terlewat untuk bentuk semula bila dah balik KL nanti!

Oh lagi satu, kalau menyusu botol, pandai pulak dia nak pegang sendiri botol tu.  Semalam siap berebut nak letak tangan dia untuk hold bottle sedangkan kita nak feed dia.  Nanti tercekik!  Lepas tu ada satu habit sejak dari dalam perut yang Amani bawa keluar.... Hisap jari!  Dulu time preggy kalau kami scan je mesti dia tengah hisap jari.  Rupanya habit tu dibawa sampai sekarang!  Tapi these days dah kurang sebab we keep stopping her. 

Kadang- kadang macam kecik hati jugak dengan Amani.  Tak baikkan merajuk dengan anak sendiri.  Tapi sebab Mummy rasa macam kurang quality time dengan Amani, so Amani macam tak perlukan Mummy.  I think it's a mother's instinct.  It's only natural to feel needed.  Amani boleh menyusu botol, so Amani tak perlukan Mummy untuk tidur, atau menyusu.  Masa tu air mata Mummy mesti bergenang.  Inilah bahana tak menyusu badan, Mummy akan berbisik dalam hati.  Ala tapi merajuk Mummy tak lama pun.

Apapun, 22 days of Amani's life marked 22 days of motherhood for me.  Sejak jadi seorang ibu, banyak perkara Mummy belajar.  Belajar melalui kesilapan, melalui sikap Amani, dan tugasan seharian sebagai seorang full time mother to Amani sementara dalam confinement ni.  InsyaAllah melalui pengalaman yang Mummy kaut setiap hari, Mummy janji akan jadikan Amani seorang anak berguna!

3 comments:

Edge Azwan said...

Tahniah Diana!!

Renee Meow said...

awww so cuteeeeee la diana.. huhu~

oh btw, ex-B2B sila pick up ur award here at my blog yea.. ;)

*marini*

meow~
http://reneemeowwedding.blogspot.com

Diana Abdul Molok said...

azwan: thanks ^_^

rini: ada award ek??? must check it outt!